Download Suara Pemikat Burung Walet Termurah

Muat Turun Koleksi Suara Pemikat Walet 

Salam sejahtera dan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa melayari laman blog ini, kepada para penternak burung walit yang baru dan yang akan memulakan projek Industri Ternakan Burung Walet anda boleh dapatkan suara panggil luar dan dalam burung walet dengan harga yang paling murah setakat ini sila lihat pada senarai di bawah.


Pakej Suara Panggil Burung Walet
Format
Saiz
Harga (RM)

Pakej Suara Pemikat Burung Walet
(Terdapat suara panggil dalam dan 10 suara panggil luar burung walet)

MP3


371MB

RM180 to RM80.00 (Haraga Promosi sehingga Dec 2020)


Bunyi Luar:
1. SP_Akuaman
2. SP_Audacity
3. SP_Black_Top
4. SP_G2010
5. SP_Getaran_Jiwa
6. SP_Helang_Emas
7. SP_Ptyp009
8. SP_Raja_Tarik
9. SP_Seruling_Pengasih
10. SP_Walet_Gua

Bunyi Dalam:
1. Inap_Anakan_Senja
2. Inap_Awan_Senja
3.Inap_Buayan_Senja
4. Inap_Raja_Desa
5. Inap_Super_Gairah

Untuk mendapatkan LINK MUAT TURUN (DOWNLOAD) SUARA PEMIKAT BURUNG WALET, sila buat pembayaran secara Online Transfer atau bayaran melalui Kiriman Wang  ke akaun seperti di bawah :

 Nama : Roslan Bin Otoh
 No Akaun : 160166182128 ( MayBank ).


Setelah Anda Selesai Membuat Pembayaran Sila Hubungi / SMS / Whatsapp Saya Tel:  014 - 357 8100 ( Roslan ) 
Email: keyworld866@gmail.com

Setelah saya membuat pengesahan pembayaran anda; Link untuk muat turun (download) akan saya kirimkan melalui Whatsapp / SMS / Email anda.


 Muat Turun Suara Pemikat Walet Percuma


Nama
Format
Saiz
Download Free
E-RatuMalam MP3 5.86MB
Kicau Walet pesona unggas  MP3 3.54MB Download
KW01 MP3 3.45MB Download
KW02 MP3 58.1MB Download
P-LARON MP3 2.73MB Download
Waishen2 MP3 7.74MB Download
Anakinduk MP3 1.27MB Download
Indiana MP3 940KB Download
Superman MP3 940KB Download
Party MP3 940KB Download
Cempake MP3 944KB Download
Layang layang MP3 948KB Download

Industri Burung Walet


Industri walit bukan satu industri yang baru di Malaysia, namun sejak kebelakangan ini, penuaian sarang burung ini telah diusahakan secara besar-besaran dan memberi pulangan yang menguntungkan. 

Dalam tempoh lebih sedekad ini, pengusaha-pengusaha telah menerokai kaedah-kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam industri ini untuk mempertingkatkan pengeluaran. Ianya perladangan yang mesra alam dan berkonsepkan industri hijau.


 Fakta Burung Walet

Burung Walit seringkali disalahertikan sebagai Burung Layang-Layang. Berikut perbezaan antara Burung Layang-Layang dan Burung Walit :

Burung Walet Burung Layang-Layang
Famili Apodidae Famili Hirudininae
Tidak boleh bertenggek Bertenggek
Sarang boleh dimakan Sarang tidak boleh dimakan, dibuat dari rumput dan batu
Terdapat 8 spesies Terdapat 74 spesies

Burung walit adalah dari keluarga menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Terdapat 8 spesis yang mana sarangnya boleh dimakan dan mempunyai kasiat yang tinggi.

Spesies-spesies ini banyak di temui di negara-negara Asia Tenggara. Kehidupan burung ini pada asalnya adalah di dalam gua-gua, namun kini ia mula bermigrasi ke kawasan-kawasan bandar dan menghuni di bangunan-bangunan terbiar yang dianggap sebagai satu habitat yang sama seperti tempat asalnya.

Kesemua aktiviti burung ini seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang. Ia hidup berpasang-pasangan betina dan jantan. Lazimnya ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja.


 Industri Sarang Burung

Burung walit membuat sarang dari cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan kalenjar saliva. Cecair ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.


Terdapat empat warna sarang burung iaitu putih, kuning, merah dan hitam. Dari kajian yang dilakukan ke atas nutrisi sarang burung, ia mengandungi karbohidrat, asid amino dan garam galian. Glikoprotein di dalam karbohidrat menjadi bahan utama. Sarang burung kaya dengan asid sialic yang dikatakan banyak membantu perkembangan saraf (neurologi) dan daya intelek pada bayi. Asid amino dan garam galian juga adalah antara komponen penting dalam sarang burung. Tiga asid amino yang ditemui adalah asid amino tidak perlu (non-essential) iaitu asid aspartik, glutamik dan praline manakala dua lagi adalah asid amino perlu (essential) iaitu threonin dan valine. Ia membantu memudahkan fungsi normal badan seperti daya pertahanan dan pembaikan tisu.



Di Malaysia, sarang Burung Walit telah menjadi antara eksport komoditi utama pertanian. Sehingga akhir tahun 2007 dianggarkan terdapat lebih dari *20,000 premis burung ini di Malaysia. Adalah dijangka angka ini bertambah seiring dengan pertambahan pengetahuan pengusaha dan orang ramai tentang industri ini. Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 - RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses. Penuaian sarang burung ini juga kini menjadi antara yang terbesar di kalangan negara-negara Asia Tenggara selain Indonesia. Permintaan bagi pasaran sarang burung banyak diterima dari negara-negara asia seperti Taiwan, China, Hong Kong dan Singapura.

*merujuk kepada laporan tahunan Jabatan Perkhidmatan Veterinar

 Perbandingan Industri Sarang Burung Walet Secara Konvensional Dan Komersial

A) Secara Konvensional (Gua-Gua)
  • Di gua-gua habitat asal.
  • Ada bnyak musuh.
  • Sarang di bina di langit-langit gua di tempat sesuai.
B) Secara Komersial (Rumah Burung)
  • Pembinaan lebih cepat dan sempuna.
  • MUTU SARANG lebih bersih dan seragam kerana sarang di pungut secara terpilih sahaja oleh pengusaha.
  • Reka bentuk yang sesuai.
  • Bagunan kukuh dan tahan lama.
  • Kalis musuh(binatang,serangga,unggas dan manusia).
  • Burung walet emas akan rasa selamat dan selesa.
C) Diantara harga burung walet di pasaran iaitu:

Pasaran tempatan:
       MENTAH – RM 4,500.00 – RM 5,500.00
      PROSES - RM 6,000.00 - RM 8,000.00

Pasaran Antarabangsa:
        MENTAH - RM 8,000.00 – RM 12,000.00
        PROSES - RM 12,000.00 – RM 24,000.00

D) Lebih dari RM 100 Billion nilai permintaan dunia.

E) 20% sahaja dapat dipenuhi:

1) Indonesia
2) Thailand
3) Malaysia


 Perkembangan Industi Sarang Burung Di Malaysia

1) Perusahaan Secara Konvensional
  • Burung Layang (walet) ini hidup secara semulajadi di habitat asalnya di gua-gua batu kapur di semenanjung Malaysia,Sabah,dan Serawak.
2) Proses Perubahan perusahaan sarang burung layang-layang (walet) dari cara 
     konvensional kepada secara komersial.

3) Terdapat 7 jenis Burung Layang- layang (walet) Di Malaysia
  • Collocalia esculenta cyanoptila
  • Collocalia Linci Dodgie
  • Aerodramus Fuciphagus Vestitus
  • Aerodramus Fuciphagus amechanus
  • Aerodramus Fuciphagus fuciphagus
  • Aerodramus maximus lowi
  • Aerodramus maximus tichelmani
4) Di antara Burung Layang- layang yang popular dan di kenali umun;
  • Swalow ( kopinis)
  • Burung Seriti
  • Burung Walet
  • Burung Walet merupakan spesis yang terbaik,sarangnya boleh dimakan,mempunyai permintaan yang tinggi di seluruh dunia dan harga yang amat tinggi antara RM 4,500-RM 5,500 tiap satu kilo (yang belum di bersihkan)


 Pembiakan/Mengawal Sambil Terbang Atau Semasa Bergantung Didalam Rumah Burung (Gua)

1) Bertelur – biasanya tidak lebih dari 2 biji

2) Menbina sarang - dengan lendir (air) dari lelengit dari dalam mulut

3) Anak burung jenis berbulu pahat bukan macam anak ayam atau anak burung puyuh , anak burung walet tidak boleh berdikari

4) Anak burung itu akan dewasa dan matang dan mengulangi pusingan pambiakan , mencari pasangan dan mengawan


 Sikap Psikologi burung walet

1) Sensitif Pada Bunyi:

  • Bunyi koloni burung termasuk burung tiruan
  • Selesa tingl secara koloni
  • Tertarik dengan bungi koloni dalam rumah (walaupun tiruan)
2) Mengunakan Bunyi (ekolokasi) untuk bergerak ditempat gelap samada dalam gua atau rumah burung walet


3) Sensitif dengan bau koloni


 Potensi Industri Sarang Burung Walet

i. Kelulusan Pihak Kerajaan
ii. Pengeluaran Lesen 
iii. Penglibatan Agresif Pihak Swasta
iv. Permintaan Melebihi Penawaran
v. Harga Sarang Burung Sangat Mahal
vi Modal Sekali : Untung Selama-Lamanya
vii. Tambah Nilai Hartanah (Rumah Burung Walet)
viii.Terdapat Di Kawasan Asian Sahaja
ix. Pembiakan Secara Semulajadi
xi. Daya Saing Sama Antara Bumiputera Dan Bukan Bumiputera
xii. Komitmen Paling Minima
xiii.Risiko Hampir ’O’
xiv.Keuntungan 90% Dari Perolehan


 Reka Bentuk Rumah Burung Walet Emas

1) Pendapat Umum Bahan Binaan

2) Rasionalnya Rumah Dari Kayu

3) Gem Mencadangkan Rumah (Bangunan) Batu

4) Reka Bentuk Rumah Burung Juga Mempunyai Berbagai Pendapat
  • Dari Segi Saiznya
  • Dari Segi Tingkat
  • Dari Segi Ketinggian Antara Tingkat
  • Longkang Berair Di Keliling Bangunan Kalis Musuh.
  • Tambahan Ciri-Ciri Keselamatan
5) Hasil Penyelidikan (R&D) Gem Mencadangkan
  • Saiz Lebar Dan Panjang (Tiap Tingkat)
  • Ketinggian Antara Lantai Setiap Tingkat Yang Sesuai
  • Bumbung Lebih Baik Di Perbuat Daripada Konkrit Selap Di Aras Disediakan Air
  • Dinding Rumah Burung Walet
- Biasanya Diperbuat Dari Batu Bata Yang Di Lepa Dalam Dan Luar
- Terbaru Digunakan Batu Bata Khas

6) Bangunan Kalis Musuh

Soalan Lazim (FAQ)



 Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?


Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek, walet biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam keadaan gelap melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya. 

Burung layang-layang pula sering hinggap ditalian telefon/elekrik , cabang ekor yang luas (ketika terbang) serta sering membina sarang daripada daun/rumput dengan campuran tanah dan bukan daripada air liurnya.


 Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?

Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jabatan Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha burung walet.


 Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?

Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sarang burung sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.


 Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?

Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak. Perlukah sebuah rumah 


 Perlukah sebuah rumah burung walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?

Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jabatan Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.


 Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?

Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.


 Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.


 Apakah perbezaan diantara sarang burung daripada rumah buatan sendiri dengan sarang burung daripada gua?

Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.

 Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?

Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.

 Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?

Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.

 Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?

Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.

 Siapakah dan apakah pemangsa utama burung walet?

Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dan lain-lain tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.

 Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?

Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.

 Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan sesebuah rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?


Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.

 Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sesebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?


Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah tidak kurang daripada 8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.

 Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?


Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dan lain-lain adalah pada tahap maksima.

 Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?


Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%) dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.

 Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?


Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.